Tahniah kerana berjaya ‘kick’ AF keluar dari PMBK. Sikap dan perlakuan AF di PMBK tidak mencerminkan sikap dan keperibadian seorang menantu kepada Tuan Guru atau pun Menteri Besar. Kadangkala saya berpandangan sikap Khairy Jamaludin adalah jauh lebih baik dan friendly berbanding AF. Ramai orang yang cuba buat deal dan buat proposal kepada PMBK tetapi akhirnya mengundur diri lantaran sikap angkuh dan kurang friendly AF. Contohnya Darul Digital. Ramai usahawan ICT yang berminat untuk membuat usahasama dengan Darul Digital, tetapi akhirnya menarik diri disebabkan AF bukannya hendak memudahkan kearah kerjasama tetapi lebih suka menunjukkan sikap ego dan angkuh beliau.
Selain daripada itu banyak projek-projek yang sepatutnya diusahakan oleh PKINK telah diambil alih oleh PMBK disebabkan oleh peranan AF. Sepatutnya PMBK dan PKINK bekerjasama dalam membangunkan negeri Kelantan dan bukannya menjadi pesaing. Kedua-dua agensi adalah mekanisme kerajaan negeri untuk membangunkan Kelantan…tetapi apabila AF menjadi COO serta kemudiannya CEO PMBK, beliau selalu menggunakan perkataan “Ana telah bincang dengan Tuan Guru dan Tuan Guru dah setuju…” samada betul dibincang atau tidak wallahua’lam.
Saya harap dengan ketiadaan AF di PMBK peranan agensi akan kembali seperti asal. Iaitu demi kepentingan kerajaan negeri Kelantan dan bukannya demi kepentingan individu…bukan lagi “siapa lagi yang boleh bawa masuk jutaan ringgit kedalam PMBK kalau bukan ana”. Sedangkan beribu hektar konsesi balak PKINK diminta diserah kepada PMBK. Tak tahulah peranan siapa. Guess Who ? Sama juga dengan tanah yg telah diallocate kepada PKINK untuk pembangunan Bandar Baru Tunjung juga diminta diserah kepada PMBK setelah banyak kos dihabiskan oleh PKINK keatas kajian dan sebagainya…walaupun ada digantikan dengan lokasi yang lain…tetapi PKINK perlu membuat segalanya dari mula semula.
Saya juga berharap tujuan Sheih membuat pendedahan di dalam blog ini bukan untuk menumbangkan kerajaan Kelantan..tetapi untuk memberi kesedaran atau menyedarkan mereka yang leka atau sedang nyeyak dibuai mimpi bahawa tiada penyelewengan dan salah laku berlaku. Dengar ceritanya ramai orang cuba beritahu Tuan Guru berkenaan salah laku beberapa individu, tetapi Tuan Guru lebih suka untuk bersangka baik. Bersangka baik itu baik..tetapi siasatan perlu dilakukan untuk mendapatkan kesahihan. Kalau kita terus buang sesuatu aduan tanpa ada siasatan..memang nak tempah ajal le namanya tu…
sumber: kicdefella
0 comments:
Catat Ulasan